Monday, August 24, 2009

Mas Tiara

Ini kisah ketika saya menghabiskan semester terakhir sebelum menyambung tahun ke 3 dan 4 program Sarjana Muda di Amerika Syarikat.

Mas Tiara atau nama saintifiknya Sakura Che Su, merupakan seorang gadis Thai yang sangat jelita. Kulit beliau putih kemerahan dan beliau waktu itu kadang-kadang memakai tudung bulat dan kadang-kadang tudung biasa (3 segi).

Saya kurang pasti apakah Mas orang Thai muslim atau orang Melayu Thai yang tentunya Islam.

Air Mata di Kulit La Tahzan

Sepatutnya hal yang sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana tujuan karya tersebut diterbitkan adalah untuk melibur hati yang lara.

Sebagai muslim, kita tidak ada masa untuk diluang melayan kesedihan serta kepedihan hati.

Setelah beberapa lama di anjurkan oleh beberapa rakan serta sahabat, saya akhirnya membeli satu naskhah berbasaha Inggeris akibat dari satu peristiwa dalam hidup saya.

Satu peristiwa rententan telah merenjatkan saya lalu akhirnya helai-helai La Tahzan saya belek dan saya merasakan seolah-olah, si 'Alim Dr. 'Aidh Al Qarni sedang duduk dihadapan saya memberi saya mauizah, nasihat-nasihat bersangkutan kepedihan hati.

Saya kadang-kadang memanjangkan rencana mengubat hati-hati yang luka pada saudara serta saudari muslim yang lain biasanya melalui wadah email di internet. Apa yang saya alami, saya merasakan ianya seolah keluar dari lubuk jantung hati saya dan dari respon sebahagian mereka, ianya seolah sedikit sebanyak berjaya menyentuh hati mereka lalu terubat lah sedikit sebanyak luka lara yang mencengkam.